AddThis Social Bookmark Button

Kent di Asia

Kami telah menyambut pembukaan pejabat di Taiwan dengan lebih 500 pengedar yang tidak sabar-sabar lagi menanti ketibaannya. Kami telah disertai oleh 500K Anton Garrity, 200K Dwayne Dyer dan para pemimpin tempatan termasuk 100K Kathryn Chen dan ramai lagi. Pasukan pengurusan tempatan kami telah berusaha gigih membuat persiapan bagi pembukaan ini. Malahan, ketua DSA negara Taiwan (yang pernah berkhidmat dengan beberapa buah firma jualan langsung yang terbesar di Taiwan) telah menghadiri upacara pembukaan tersebut dan menyatakan bahawa beliau belum pernah menyaksikan pembukaan pejabat yang begitu mengagumkan sepanjang pengalamannya berkecimpung dalam industri ini! Sejak pembukaan itu, kakitangan kami telah menyokong sebilangan mesyuarat pengedar yang agresif di seluruh negara sepanjang bulan April. Pada petang itu, saya dan Aaron telah menghadiri suatu mesyuarat bandar di pejabat kami yang dihadiri oleh kira-kira 150 orang pengedar tempatan. Acara tersebut telah membawa kepada kesan bawa ke depan yang menakjubkan dalam pasaran Taiwan dengan jualan bagi bulan April meningkat sebanyak 15 peratus berbanding bulan Mac, hanya dua hari yang lalu.



Pada 31 Mac, kami telah menjemput kira-kira 60 orang untuk jamuan makan malam penghargaan bagi pencapaian 20K dan ke atas di pusat bandar Kuala Lumpur. Saya, Tai Tolman (Pengurus Besar Malaysia), Craig Hale dan Nate Brown telah mengambil peluang bertemu dengan para pemimpin kami dan mendapat tahu tentang pencapaian mereka yang mengagumkan dalam tempoh singkat sejak pembukaan rasmi di Malaysia. Pada 1 April, kami telah mengadakan suatu majlis untuk meraikan pencapaian 1K dan ke atas sebelum mengadakan suatu mesyuarat bandar di Kuala Lumpur. Ini memberikan kami peluang untuk bertemu dan bergambar dengan kira-kira 200 orang daripada pemimpin kami di Malaysia. Keterujaan yang dirasai di mesyuarat bandar tersebut dengan kehadiran lebih kurang 500 orang memang hebat. Keprofesionalan dan kepimpinan yang dicerminkan oleh para pemimpin Malaysia merupakan sebab-sebab utama Malaysia menjadi salah sebuah pasaran paling berjaya kami dalam membantu pengedar-pengedar baru mencapai 1K pada tahun lepas, dengan purata lebih 100 pencapaian 1K baru setiap bulan!